KAHERAH (Mesir): Penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza dibuat lewat dan masih jauh daripada mencapai gencatan senjata sepenuhnya seperti yang diharapkan, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Aboul Gheit.
"Resolusi No. 2272 yang diterima pakai pada Jumaat merupakan antara usaha mencegah kebuluran di Semenanjung Gaza dan menyelamatkan nyawa orang ramai terutamanya wanita dan kanak-kanak daripada situasi bencana, tetapi tidak cukup menghentikan jentera perang Israel kerana ia tidak termasuk gencatan senjata," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau berkata keputusan itu dibuat lewat selepas penangguhan atas permintaan Israel, sambil menekankan bahawa apa yang diperlukan bukan sahaja bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tetapi perlindungan bagi orang awam daripada pengeboman berterusan, mencapai gencatan senjata mapan dan memulakan operasi bantuan besar-besaran segera membabitkan ratusan ribu rakyat yang kekurangan keperluan asas.
"Setiap langkah untuk meringankan penderitaan orang awam di Gaza adalah langkah yang betul, tetapi menangani malapetaka kemanusiaan tidak boleh dicapai melalui langkah separa atau tanpa menangani puncanya semata-mata untuk membendung kemarahan masyarakat dunia atas apa yang berlaku di Gaza," kata Aboul Gheit.
Setiausaha Agung itu juga menegaskan bahawa menolak gencatan senjata serta-merta seakan-akan memberi "lesen untuk membunuh," sambil menjelaskan bahawa usaha Liga Arab tidak akan berhenti untuk menamatkan perang, menyeru Amerika Syarikat untuk menilai semula keadaan dan mengambil keputusan yang betul daripda segi kemanusiaan dan politik.
Resolusi UNSC bertajuk "Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza" diterima pada 22 Dis di New York, menyeru agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluas serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.
Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata keputusan Majlis Keselamatan PBB mengenai penyampaian bantuan ke Gaza adalah satu langkah ke arah yang betul, walaupun ia ditangguhkan sebelum ini.
Penerimaan resolusi yang disokong UAE itu adalah satu langkah untuk menghentikan pencerobohan Israel, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, dan kekangan untuk terus hidup bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Menurut Ahmad Aboul Gheit, ia dibuat lewat dan masih jauh daripada mencapai gencatan senjata sepenuhnya seperti yang diharapkan. - Gambar fail/REUTERS
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
[KOLUMNIS] Amerika Syarikat, AIPAC dan Palestin
Amerika Syarikat yang sejak 1970-an berusaha mencari jalan perdamaian, sehingga kini tidak mengambil sebarang langkah ke arah itu.
Resolusi PBB untuk bantuan ke Gaza lewat, desak tindakan pantas hentikan serangan - Setiausaha Agung Liga Arab
Menurut Ahmad Aboul Gheit, ia dibuat lewat dan masih jauh daripada mencapai gencatan senjata sepenuhnya seperti yang diharapkan.
PBB lulus resolusi 'tidak mengikat' gencatan senjata di Gaza
Resolusi yang diluluskan bersifat "non-binding agreement" dan tidak mengikat" kerana ia tidak mempunyai kuasa undang-undang antarabangsa.
APEC 2023: Malaysia, Indonesia, Brunei tekad juang isu Palestin
Trio ini menyambut baik Deklarasi Golden Gate Pemimpin Ekonomi APEC 2023 dengan menekankan pada persetujuan yang dicapai.
Malaysia gesa semua pihak patuhi resolusi diluluskan Majlis Keselamatan PBB
Ia selaras Artikel 25 Piagam PBB dan merupakan langkah pertama yang mesti diikuti dengan tindakan konkrit ke arah pemberhentian segera permusuhan.